Jumaat, 22 November 2013

Tiada cerita tanpa bahasa.

Bila cerita pasal malam, pasti suka..
Bila cerita pasal siang, pasti duka..
Realiti orang bercinta pasti merasa..
Suka dan duka teman bermanja..

Tiada cerita tanpa bahasa.

Bila cerita pasal malam, pasti suka..
Bila cerita pasal siang, pasti duka..
Realiti orang bercinta pasti merasa..
Suka dan duka teman bermanja..

Rabu, 28 Ogos 2013

Tragis

Rentetan demi rentetan dipamerkan di media elektronik. Kejadian demi kejadian terus berlaku. Biarpun masa berganjak mencari titik perhentian, tetapi naluri manusia yang kejam tidak dapat mengukur sejauh mana kezaliman yang dilakukannya.

Kisah demi kisah diolah dan disampaikan namun keghairahannya tidak membataskan kezalimannya, terus dan menerus dilakukan. Nyawa yang digadaikan tidak ternilai. Masa menentukan.

Seorang demi seorang gugur di perbatasan. Episod rampasan kuasa yang dilakukannya tidak dapat diterima akal.

Khamis, 22 Ogos 2013

CCRIS & CTOS : Adik Beradik Kembar Lain Bapak


PTPTN : CCRIS & CTOS
 
Nasib oo nasib..sampai bilakah aku menjadi buruan PTPTN..

Tak cukup dengan buruan ni, bersenjatakan LAWYER depa, la ni depa nak guna khidmat CCRIS & CTOS ni pulak.. Waduh, bisa sakit gini, yang sakit terus parah, yang parah terus rebah.

Hutang tetap hutang, bukan tak mau bayar tapi terpaksa tangguhkan dulu, mungkin khidmat ucapan aku ni tak dihiraukan tapi aku nak cakap jugak, hirau ka tak hirau itu bukan aku punya pasal (cara pentegar PTPTN)..

Rentetan ceghita bermula, apabila tandatangan perjanjian. Cukup indah. Best. Loan approve tapi yang sedihnya loan aku masuk masa aku dah abih sem 1. Dah abih sem 1 baru dapat. Sebelum tu, merangkak jugak la nak abihkan 5 bulan pengajian. Merata mak bapak aku wat loan nak biayai aku, kerana perjanjian yang dilambatkan. PTPTN ada tanya tak masa ni, nasib kami, enggak ada pun..

Namun berbekal ketabahan (tabah la sangat), hidup diteruskan bersama pengajian la.

Kemudian, aku kena repeat paper pulak, waduh ni lagi satu kes tamak pointer. Sambung lagi satu semester, tak banyak 3 paper jer. Satu repeat 2 lagi extend paper. Nasib badan. Bertahan dan bertahan.

Tamat pengajian dan terima dip aku tahun 2007. Lepas study mau tak pulak nak cari gheja..bukan senang Cik Adik Kakak Oii, dan Pak Cik Mak Cik PTPTN oii..

Mula gheja kat KL, basic RM450, tambah elaun OT apa sume dapat la lebih kurang RM 1300, banyak tu bg orang mula keja, tapi berbaloi kah?

Gred SPM gaji basic RM450, campur OT elaun RM 1300. PTPTN? Kita tgk jalan kira ni dulu.

Cara orang tak ngaji ekaun buat kira-kira :
 
Item
In
Out
Gaji
1300
 
Sewa Rumah
 
200
Bil (ayaq+api)
 
40
Bas (ulangalik)
 
60
Makan+minum
 
400
Topup (nak call PTPTN)
 
50
Mak
 
150
Konvo(bulanan)
 
150
 
 
1050
Baki
250
 

Ada la balance dalam ni RM 250, itu cara kasar dan emaun tertinggi bagi gaji bulanan..

Keja tak yah cakap la, masuk pagi, 7am balik 11.00pm nak dapat gaji mcm tu..tapi tu pun kira bahagia gak la walau tak da masa..puas ati..

Tapi tahan 5 bulan ja, tak leh simpan duit..last sekali aku balik kampong.

Keja kat Aloq Setaq, basic RM 900..nah ai..tapi bulan2 dapat hanya dalam RM 700 ada, tolak mcm2..elaun keharam tak da..

Cuma bila masa mencemburui, aku mula mencari kerja di Kulim, Alhamdulillah rezeki ada di mana.

Aku dapat la offer lebih sikit. Environment pun best. Gaji basic rendah tapi masyuk gak la, ada elaun, ot, bonus, profit, best sedap gak bulan2..tapi still tak cukup, sebab kat sini, kenderaan, rumah, bil ayaq+api, motor, gheta, makan+minum…enjoy pun tak dan.. tapi cukup la untuk sara diri..ptptn masih lagi tak mampu, mungkin tak usaha untuk bayaq..liat..

Sampai la ni, ketegaq, baloq liat, sume ada. La ni takut bila sebut pasai CCRIS & CTOS. Fuh!!!!!

Jangan la main2 sampai mcm ni PTPTN, bukan tak mau bayaq, tapi bulan pun tak berapa cukup. Tgh cuba untuk bagi cukup, dan usaha untuk bayaq balik. Hutang tetap hutang bro..biarpun depa dok usaha untuk mansuh PTPTN tapi aku tak setuju, sebab aku masih berhutang. Aku dah ambik duit hampa, jadi aku kena bayaq, tapi jangan la hukum aku kerana makhluk2 lain..mcm kena ligan ngan along la pulak..

PTPTN nak menCCRIS dan menCTOS..bahaya, sakit belakang den..

Rabu, 21 Ogos 2013

Pecah Kepala Dok Pikiaq Last Sekali Dapat Jugak

Jarak

1 kaki(ft) = 12 inci
1 m = 3.3 ft atau 1.09 ela
1 km = 3300 kaki
1 batu = 1.609344 km
1 batu nautika = 1.852 km

Keluasan tanah

1 hektar = 2.471054 ekar
1 hektar = 3.4749196 relung persegi
1 hektar = 10 km persegi

1 ekar = 4046.86 meter persegi (4.046.86 km persegi)
1 ekar = 0.4047 hektar
1 ekar = 1.40625 relung persegi

1 relung = 2,877.764 meter persegi (2.877.764 km persegi)
1 relung =0.28777 hektar
1 relung = 0.71111111 ekar


Berapa ukuran berat?

Kilo
1 kilogram adalah sama dengan 1000 gram.

Pound (lb)
1 pound beratnya lebih kurang 454 grams.
1 kilogram adalah sama dengan 2.2 lbs.
Terdapat 16 ounces didalam 1 pound.

Ounce
Ounce(oz) 1 oz= 28 grams
1lb= 16 oz

Quart (qt)
Qt digunakan untuk ukur cecair.
1 qt equal to approximately 1.14 litres di Britain, or 0.95 litres in the US
Qt atau quart is so called because it is a Quarter of a Gallon.

Melayu mudah lupa, atau terlalu alpa?


Sejarah mengajar kita erti keperitan dalam mencari laluan kehidupan, namun disebalik semua itu terdapat laluan kesenangan yang akan melenyapkan masa depan sesuatu bangsa itu sendiri.

Diperkukuhkan dengan sarjana pengalaman tanpa teori kelas dan praktikal keadaan, Melayu itu mampu bangun sendirian kerana asal usul bermula daripada perjuangan.

Hakikat realiti inilah yang menyebabkan Malaysia kini di ambang permasalahan dek kerana insan-insan yang apabila buka mata semuanya sudah terhidang. Mereka tidak pernah mengenal perit lelah perjuangan, mereka hanya merasai nikmat perjuangan melalui pena dan bukan keringat.

1950an:

Biarpun masa ini penulis masih belum lahir, namun melalui sedikit sebanyak kajian yang dilakukan memperlihatkan tentang situasi masa lampau.

Gambaran yang diukir diminda, meletakkan penulis seperti berada dalam masa lampau tersebut seketika. Perjuangan prasarana kelangsungan hidup, perjuangan tanah air, sifat keinsanan, pemilik sementara tanah tumpah, dan hasil keringat bumi.

Ayah-ayah, ibu-ibu, datuk-datuk, nenek-nenek, berganding bahu dalam meneruskan arena kehidupan dalam memastikan anak tempatan yang dilahirkan dapat meneruskan kehidupan tanpa melihat keringat masa lalu yang insan-insan terpilih lalui.

Demi masa yang berlalu dan masa depan yang belum pasti, mereka meneruskan kehidupan biarpun kelengkapan tidak mencukupi. Sedaya upaya berusaha dan terus berusaha.

 

1990an:

Arena kehidupan berteknologi tinggi. Tanah Melayu yang dulunya penuh dengan sifat kemelayuan hanya tinggal nama, dan saki baki yang masih meneruskan tradisi lama dek hakisan masa. Integrasi yang berlaku dari masa ke semasa telah mengubah persepsi pandangan dan pemikiran Melayu itu sendiri sehingga mereka alpa pada nusa bangsa.

Perjuangan dalam melaksanakan konsep pendirian peribadi terus diusahakan biarpun tanah sendiri perlu digadaikan. Melayu oh Melayu!!! Adakah bangsamu kini boleh dianggap bangsa yang berjaya?

Bukan kerana kehadiran Cina, India, yang sering kita letakkan sebagai perompak hasil bumi. Tetapi kerana Melayu itu sendiri yang gagal mengurus tadbir sistem ekonomi tanah air sendiri.

Sejarah juga membuktikan, Melayu kuat bertekak di kedai kopi dan bangsa lain sibuk membanting tulang berusaha mencari rezeki. Dan bagi mereka yang berusaha, mereka pasti akan berjaya.

Adakah kita merenung seketika keadaan ini????

Mereka datang sebagai pedagang perantauan, bermula dari kecil-kecilan sehingga menjadi jutawan.

Kita, Melayu, jutawan hingga menjadi peminta bantuan. Mengapa? Kerana bangsa kita sendiri.

Tidak berusaha untuk menaik taraf kehidupan bangsa kita sendiri. Kegagalan dalam urus tadbir ekonomi dan sistem kehidupan.

Apabila kita gagal dalam urus tadbir, maka kita gagal dalam penyusunan laluan kehidupan masyarakat.

Undang-undang? Penguatkuasaan undang-undang Islam adalah langkah terbaik dalam mengekang jenayah antarabangsa. Dan hal ini perlu difikirkan oleh mereka yang mempunyai kedudukan.

Bagi penulis, setiap konsep ada puncanya. Mari kita lihat dan renung sejenak.

1.       Ekonomi.

Siapa kata Melayu tidak bijak dalam soal pengurusan ekonomi.

Kita lihat, Tanah Melayu ini sudah berapa kali menghadapi krisis ekonomi. Dalam krisis 1998, ekonomi Tanah Melayu menjunam seperti kapal terbang di langit terjun di bumi. Kesannya berselerakkan. Kita mulai mengutip cebisan-cebisan untuk dikaji mengapa terjadi.

Hasil kajian memperlihatkan keadaan dan situasi. Kita banyak bergantung. BERGANTUNG. Dengan kudrat yang ada dan “power” PM di masa tersebut, konsep dan idea kewangan lalu mulai digubah untuk meneruskan agenda terbaru.

Kebergantungan usaha membaikpulih sistem ekonomi dilakukan melalui teladan. Tawaran yang diberikan oleh si Makhluk Penguasa Dunia(Bagi Mereka) untuk meminjam kewangan telah ditolak dengan cara berhemah.

Penolakkan tersebut menjadi tamparan hebat kepada si Makhluk tersebut. Beliau tidak percaya yang Tanah Melayu mampu bangkit mengatasi masalah yang melanda. Berkat ilmu, usaha, dan penyatuan ummat manusia Tanah Melayu,akhirnya TANAH MELAYU bangun dengan megah berdiri di atas kaki sendiri.

Tanpa sokongan dan bantuan, atas sifat KESEDERHANAAN, BERSATU PADU, dan TOLAK ANSUR, akhirnya kekangan di atasi dan kejayaan diperolehi. Namun kejayaan takkan kekal jika pemantauan tidak dilakukan.

2008: Sekali lagi dunia dikejutkan dengan tamparan masalah ekonomi. Sekali lagi Tanah Melayu bersemuka dengan krisis kewangan. Namun hasil usaha yang dilakukan 10 tahun lalu, kini Tanah Melayu mampu tersenyum biarpun kesannya dirasai.

Melihat kepada konteks ekonomi masa kini, kepimpinan kerajaan dan pembangkang perlu digandingkan bersama. Usaha berterusan perlu dilakukan dalam meningkatkan taraf kehidupan masyarakat terutamanya bangsa Melayu.

Jika masa lalu, tanah Melayu itu digadaikan kepada bangsa lain, kini tibanya masa untuk Melayu itu sendiri bangun berusaha untuk memilikinya semula. Bukan dengan kata-kata, bukan dengan senjata, tapi USAHA dan KERINGAT.

Berusahalah kerana usaha itu akan memperlihatkan kita mampu menguasai. Percayalah bahawa ALLAH akan membantu mereka yang berusaha dan berserah.

Sambungan :

2.       Hak Milik.

3.       Tanah Air.

4.       Perundangan.

5.       Penyatuan Ummah.

6.       Sejarah Islam.
Teladan.

Selasa, 20 Ogos 2013

Kalam

Kalam dimulai,
bibir dibasahi..

Senyum menawan,
hati tertawan..

Gelap awan mendung nak hujan,
Katak bersahutan unggas lari bertempiaran..

Malam mengundang,
Siang menghilang..

Langkah berjauhan,
di hati tetap berdekatan..