Rabu, 21 Ogos 2013

Melayu mudah lupa, atau terlalu alpa?


Sejarah mengajar kita erti keperitan dalam mencari laluan kehidupan, namun disebalik semua itu terdapat laluan kesenangan yang akan melenyapkan masa depan sesuatu bangsa itu sendiri.

Diperkukuhkan dengan sarjana pengalaman tanpa teori kelas dan praktikal keadaan, Melayu itu mampu bangun sendirian kerana asal usul bermula daripada perjuangan.

Hakikat realiti inilah yang menyebabkan Malaysia kini di ambang permasalahan dek kerana insan-insan yang apabila buka mata semuanya sudah terhidang. Mereka tidak pernah mengenal perit lelah perjuangan, mereka hanya merasai nikmat perjuangan melalui pena dan bukan keringat.

1950an:

Biarpun masa ini penulis masih belum lahir, namun melalui sedikit sebanyak kajian yang dilakukan memperlihatkan tentang situasi masa lampau.

Gambaran yang diukir diminda, meletakkan penulis seperti berada dalam masa lampau tersebut seketika. Perjuangan prasarana kelangsungan hidup, perjuangan tanah air, sifat keinsanan, pemilik sementara tanah tumpah, dan hasil keringat bumi.

Ayah-ayah, ibu-ibu, datuk-datuk, nenek-nenek, berganding bahu dalam meneruskan arena kehidupan dalam memastikan anak tempatan yang dilahirkan dapat meneruskan kehidupan tanpa melihat keringat masa lalu yang insan-insan terpilih lalui.

Demi masa yang berlalu dan masa depan yang belum pasti, mereka meneruskan kehidupan biarpun kelengkapan tidak mencukupi. Sedaya upaya berusaha dan terus berusaha.

 

1990an:

Arena kehidupan berteknologi tinggi. Tanah Melayu yang dulunya penuh dengan sifat kemelayuan hanya tinggal nama, dan saki baki yang masih meneruskan tradisi lama dek hakisan masa. Integrasi yang berlaku dari masa ke semasa telah mengubah persepsi pandangan dan pemikiran Melayu itu sendiri sehingga mereka alpa pada nusa bangsa.

Perjuangan dalam melaksanakan konsep pendirian peribadi terus diusahakan biarpun tanah sendiri perlu digadaikan. Melayu oh Melayu!!! Adakah bangsamu kini boleh dianggap bangsa yang berjaya?

Bukan kerana kehadiran Cina, India, yang sering kita letakkan sebagai perompak hasil bumi. Tetapi kerana Melayu itu sendiri yang gagal mengurus tadbir sistem ekonomi tanah air sendiri.

Sejarah juga membuktikan, Melayu kuat bertekak di kedai kopi dan bangsa lain sibuk membanting tulang berusaha mencari rezeki. Dan bagi mereka yang berusaha, mereka pasti akan berjaya.

Adakah kita merenung seketika keadaan ini????

Mereka datang sebagai pedagang perantauan, bermula dari kecil-kecilan sehingga menjadi jutawan.

Kita, Melayu, jutawan hingga menjadi peminta bantuan. Mengapa? Kerana bangsa kita sendiri.

Tidak berusaha untuk menaik taraf kehidupan bangsa kita sendiri. Kegagalan dalam urus tadbir ekonomi dan sistem kehidupan.

Apabila kita gagal dalam urus tadbir, maka kita gagal dalam penyusunan laluan kehidupan masyarakat.

Undang-undang? Penguatkuasaan undang-undang Islam adalah langkah terbaik dalam mengekang jenayah antarabangsa. Dan hal ini perlu difikirkan oleh mereka yang mempunyai kedudukan.

Bagi penulis, setiap konsep ada puncanya. Mari kita lihat dan renung sejenak.

1.       Ekonomi.

Siapa kata Melayu tidak bijak dalam soal pengurusan ekonomi.

Kita lihat, Tanah Melayu ini sudah berapa kali menghadapi krisis ekonomi. Dalam krisis 1998, ekonomi Tanah Melayu menjunam seperti kapal terbang di langit terjun di bumi. Kesannya berselerakkan. Kita mulai mengutip cebisan-cebisan untuk dikaji mengapa terjadi.

Hasil kajian memperlihatkan keadaan dan situasi. Kita banyak bergantung. BERGANTUNG. Dengan kudrat yang ada dan “power” PM di masa tersebut, konsep dan idea kewangan lalu mulai digubah untuk meneruskan agenda terbaru.

Kebergantungan usaha membaikpulih sistem ekonomi dilakukan melalui teladan. Tawaran yang diberikan oleh si Makhluk Penguasa Dunia(Bagi Mereka) untuk meminjam kewangan telah ditolak dengan cara berhemah.

Penolakkan tersebut menjadi tamparan hebat kepada si Makhluk tersebut. Beliau tidak percaya yang Tanah Melayu mampu bangkit mengatasi masalah yang melanda. Berkat ilmu, usaha, dan penyatuan ummat manusia Tanah Melayu,akhirnya TANAH MELAYU bangun dengan megah berdiri di atas kaki sendiri.

Tanpa sokongan dan bantuan, atas sifat KESEDERHANAAN, BERSATU PADU, dan TOLAK ANSUR, akhirnya kekangan di atasi dan kejayaan diperolehi. Namun kejayaan takkan kekal jika pemantauan tidak dilakukan.

2008: Sekali lagi dunia dikejutkan dengan tamparan masalah ekonomi. Sekali lagi Tanah Melayu bersemuka dengan krisis kewangan. Namun hasil usaha yang dilakukan 10 tahun lalu, kini Tanah Melayu mampu tersenyum biarpun kesannya dirasai.

Melihat kepada konteks ekonomi masa kini, kepimpinan kerajaan dan pembangkang perlu digandingkan bersama. Usaha berterusan perlu dilakukan dalam meningkatkan taraf kehidupan masyarakat terutamanya bangsa Melayu.

Jika masa lalu, tanah Melayu itu digadaikan kepada bangsa lain, kini tibanya masa untuk Melayu itu sendiri bangun berusaha untuk memilikinya semula. Bukan dengan kata-kata, bukan dengan senjata, tapi USAHA dan KERINGAT.

Berusahalah kerana usaha itu akan memperlihatkan kita mampu menguasai. Percayalah bahawa ALLAH akan membantu mereka yang berusaha dan berserah.

Sambungan :

2.       Hak Milik.

3.       Tanah Air.

4.       Perundangan.

5.       Penyatuan Ummah.

6.       Sejarah Islam.
Teladan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan